LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz (MJSAA) merupakan tempat sujud, beribadat dan iktikaf bagi umat Islam secara keseluruhannya dan penduduk Petaling Jaya khususnya.

MJSAA bermula pada tahun 1956 dengan terbinanya sebuah surau kayu dua tingkat di tapak sekarang dengan nama ‘Surau Kawasan Melayu’ Petaling Jaya yang boleh menampung antara 100 – 150 orang jemaah.

Pada awal tahun 60-an surau kayu ini telah bertukar wajah dengan terbinanya sebuah bangunan batu konkrit berbentuk payung separuh tutup dan boleh memuatkan 250 – 300 orang jemaah.

Bangunan ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al Haj, Sultan Selangor ketika itu pada 23 Oktober 1964 bersamaan 17 Rabiul Akhir 1384 (Jumaat) dan diberi nama ‘Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz’ sempena nama baginda.

Sejajar dengan pembangunan Bandar Petaling Jaya dan jumlah penduduk yang semakin meningkat, dalam tempoh lebih 40 tahun selepas pembinaannya, maka pihak jawatankuasa pengurusan masjid akhirnya telah memutuskan untuk memberi wajah baru kepada MJSAA dengan membina semula bangunan masjid baru yang lebih lengkap dengan pelbagai kemudahan serta memenuhi kehendak semasa.

Pentadbiran MJSAA

Ustaz Muhammad Ezmir Kushairy bin Roslee

Pengurus / Imam 1
Pegawai Hal Ehwal Islam S41

Ustaz Muhammad Syafiq bin Izhab

Penolong Pengurus / Imam 2
Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Ustaz Muhammad Fidaiey bin Zahari

Pembantu Pengurus / Imam
Pembantu Hal Ehwal Islam S19

Ustaz Muhammad Akmal Naim bin Badrul Hisam

Pembantu Pengurus / Bilal
Pembantu Hal Ehwal Islam S19

Noorhamiza binti Mat Nor

Pembantu Tadbir (Kewangan)
Lantikan MJSAA

Mohd Hata bin Ramli

Pembantu Pembersihan / Siak
Lantikan MJSAA

Nor Shahirah binti Samsuddin

Pembantu Tadbir (Pereka Grafik)
Lantikan MJSAA

Muhammad Rasul bin Mohd Sukri

Pembantu Am / Siak
Lantikan MJSAA

Mohamad Ashraf bin Suhaimi

Pembantu Penyelenggaraan
Lantikan MJSAA

Ustaz Mohd Zaid bin Mohd Napis

Imam Rawatib
Lantikan MJSAA

Ustaz Ahmad Hasbullah bin Abd Kadir

Imam Rawatib
Lantikan MJSAA

Ustaz Mohd Daud bin Ibrahim

Bilal Rawatib
Lantikan MJSAA

Ustaz Mohd Asyraf bin Mohd Akhir

Bilal Rawatib
Lantikan MJSAA